Program Bakti Remaja DUN Pengkalan Berangan
Ceritanya bermula dengan mendapat sekeping surat berlogo Kerajaan Negeri Terengganu. Surat tue pasal program bakti remaja yang dibuat untuk golongan belia berusia 18-40 tahun yang masih bujang. Aku isi borang untuk program tuh dah lama dan sekarang baru dipanggil untuk kursus tuh. Kursus nie menjadi rebutan sebab ianya sangat bernilai khususnya untuk golongan mata duitan seperti aku. Mananya tak, kursus 3 hari 2 malam diberi ganjaran sebanyak RM500 seorang. Aku pun bukannya nak sangat pergi kursus nie sebab takde kawan, aku pun bukan baik sangat dengan budak-budak kampong nie.ramai yang aku sendiri tak kenal tapi disebabkan bayangan RM500 tuh dah menari-nari dalam kepala aku nie aku hantar je boring tuh ditambah dengan desakan mak bapak aku yang Nampak lebih excited suruh aku isi.
Akhirnya dapat la surat arahan suruh pegi kursus yang start pada 16 hingga 18 november 2009. Venue kali nie dekat satu resort kat sekayu waterfall yang diberi nama Sekayu Tropical Resort. Tidak pernah aku tahu akan kewujudan tempat nie walaupun Sekayu tuh dah berpuluh kali aku pegi. Nasib boss aku bagi cuti tanpa rekod so annual leave aku tak burn la.selamat cuti aku….
Maka berkursus la aku selama tiga hari tuh. Pengisiannya adalah berdasarkan modul BTN. So anggap je kursus aku pergi ni adalah kursus BTN.aku pun tak penah pegi BTN nie memandangkan kat uitm dulu batch aku terlepas kursus nie sebab pindah kampus. Nak jadi ceritanya, satu batch tak pegi BTN yang sememangnya wajib tuk student. Dalam tiga hari berkursus nie bermula hari pertama sampai la hari last, ade beberapa perkara yanga agak ”menarik” untuk diperkata dan diamati oleh urusetia @ penganjur. Kalau pengisian kursus tuh tak leh nak kate ape la sebab semuanya handled by BTN. They know their jobs cume ade few fasilitators yang agak annoying. bajet hebat! Tau la mostly yang pegi tuh budak-budak kampong yang kebanyakkannya study paling tinggi pon SPM jek. Yang tak sekolah pon ade. But it’s just a small issues la…
Antara perkara menarik itu ialah:
1. surat @ notis
hanya sekeping surat arahan diberi dan tidak disertakan list barang-barang untuk dibawa sepanjang kursus tersebut khususnya pakaian. Jadi pakaian yang dibawa adalah mengikut common sense atau “ikut dang “ je sebab takde itam putih suruh bawa itu ini.Memandangkan hampir semua orang tak tahu yang kursus itu adalah kursus BTN yang mengkehendaki berpakaian kemeja ngan seluar slack, kebanyakkannya hanya bawa round neck t-shirts, jeans ngan track-bottom je. Itupun mase registration baru diorang bagi list tuh. Ape signifikannya mase registration baru nak bagi????
2. Time punctuality atau ketepatan masa
Dalam surat dah nyatakan waktu berkumpul adalah pukul 8.00 pagi kat pekan wakaf tapai. Orang yang menepati masa macam aku nie sememangnya pukul 8 sharp dah ade kat situ. Seperti biase, mestinya ada yang lambat dan kitorang bertolak dalam pukul 8.30 lebih. Sampainya kat tropical resort tuh, gate pon tak bukak lagi. Seb baik ade lubang yang muat untuk masuk kat tepi gate tuh. Mane peginya management resort tuh? Dah tahu ade orang nak datang takkan sekor pon tak ade kat situ. Urusetia pulak? Mungkin ade sorang dua urusetia yang aku tak Nampak. Yang lain tuh mungkin masih lena diulit mimpi gamaknya. Lepas beberapa ketika tuh, kitorg berkumpul kat dewan resort untuk sedikit briefing dan pembahagian bilik, isi-isi borang dan bagi tentative program. Waktu registration kat tentative tuh bukannya pagi tapi petang. Kitorang kene datang pagi sebab bas kene rushing pegi kuantan. So, semua boleh rest kat bilik je dulu.
3. Condition resort
Condition resort amat menyedihkan . nama boleh tahan, Sekayu Tropical Resort tapi memang terlalu tropical. Semacam dah bertahun tak dijaga. Daun-daun gugur kat dalam resort tuh bersepah. Takde pekerja sapu sampah ke?
Bilik? Setiap kali aku check in kat mane-mane hotel atau resort, bende pertama aku tgk adalah toilet. Tak yah nak imagine la ada bathtub kat tropical resort nie mangkuk tandas pon siap berlumut dengan kekotoran yang bertepek-tepek kat dalam bowl tuh. Sinki pon sama. Lantai pon sama. Berlumut sana sini. Kalau salah landing je boleh terjelepuk dalam toilet tuh. Entah berapa lame toilet tuh tak dicuci…bilik pon berbau dan kedapatan habuk-habuk di lantai dan di beberapa tempat seperti di beranda yang nyata sekali keseluruhan bilik itu termasuk toilet tak pernah dicuci.
Katil?hahhahahha….ade dua katil bujang dan 3 tilam since 1 bilik untuk 5 orang. Bilik yang sekangkang kera tue dimuatkan 5 orang. Nasib baik aku 4 orang je. Katil kat bilik tuh dah Nampak season dan biasanya kalau kat mane-mane hotel ke resort ke memang dah lame tukar baru. Cadar pulak?? Materialnya bukan dari cotton. Kain yang jenis licin tuh…polyester kot. Bantal? Memang dah takde shape bantal. Kalau bukak sarung boleh nampak isi dalam bantal tuh. Dah koyak rabak dengan kaler pond ah agak-agak hitam.
Kalo sape-sape yang plan nak stay situ disarankan agar lupakan saja niat anda…
4. Makan dan minum
Hari pertama tuh, kalau dah tau peserta datang awal at least sedia la breakfast sebab ramai yang tak sempat breakfast sebab time berkumpul jam 8 pagi. Ni tidak, terpaksa la kitorang semua tahan lapar sampai ke tengahari. Sebab kebulur yang amat sangat, makanan tengahari habis ditelan walaupun rasanya yang ntah hape-hape. Kalo bab makan dan minum nie memang sangat-sangat mendukacitakan sebab ianya membawa kepada satu disaster atau malapetaka. Andainya pengurusan makan dan minum tue diberi kepada kontraktor maka sememangmya kontraktor tersebut menjana keuntungan yang begitu besar hasil penyediaan makanan yang diberi kepada peserta program bakti remaja nie. Kos yang sedikit tapi untung berlipat ganda. Contohnya, makan tengahari berlaukkan kubis masak lemak yang putih susu sebab tak letak santan yang tak ade rasa, begitu juga tauge masak lemak. Telur masin yang dibelah 4, 4 ekor ikan masik sebesar 4 jari untuk dimakan 15 orang. Pencuci mulut plak langsung tak ada. Berbeza sekali dengan hidangan yang diberi kepada fasilitator dan urusetia. Ade ulam-ulam , lauk yang pelbagai dan juga tembikai untuk pencuci mulut. Ade time minum petang tuh disediakan bubur kacang yang macam air. Cair dan “lecah berah”. Rasanya takde sorang pon yang habiskan, kebanyakannya makan satu sudu je dah buang.
Kalo pasal minuman, pagi petang atau malam semuanya air teh o. dah takde air lain ke??? Milo ke, Nescafe ke sehinggakan penangan air teh o siang malam itu membawa kepda malapetaka pada kebanyakan peserta. Ade yang 3 hari tak berak. Yang sembelit pon ade dek penangan air teh o tuh. Mahal sangat ke harga sebungkus Nescafe ngan milo tuh?? Tak pun air teh susu ke…at least ade variety senang sikit perut nak digest. Babi pon boleh kembung kalo hari-hari minum the o. yang peliknya, untuk meja fasililator ngan urusetia dorang bagi air lain plak. Balik-balik air teh sehinggakan kami menggelarnya “air melayu”. Lepas dengar ceramah dan LDK yang berkaitan ngan ketuanan melayu, air the o adalah hidangan wajib. Secara overallnya, makan dan minum memang out!!!
Walaupun untuk program bakti remaja nie kitorang diberi duit tapi kebajikan peserta harus jugak dijaga. Bukan kami nak mintak stay kat hotel 5 bintang, makanan hebat-hebat. Tapi biarlah condition tempat tuh bersih dan makanan dan minuman biarlah ade kepelbagaian dan juga boleh diterima tekak. Memang program nie ade motif politik. Kalo tak, takdenye kami nie dibrainwashkan dengan sejarah perjuangan UMNO. Tak guna cakap pasal ketuanan melayu, hak-hak melayu kalau kebajikan peserta yang semuanya melayu tak terjaga. Di akhir kursus tu pon sepatutnya diedarkan borang penilaian program untuk memantapkan lagi program tu di masa depan. Kalau tak buat macam tu, sampai bila-bila pon organizer syok sendiri….kebajikan kami pon harus terjaga beb!!!